SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN

JUMLAH TETAMU

Web Counter

Web Counter


Designed by:
Program Hati Ke Hati
Ditulis oleh Cikgu Abas   
Isnin, 24 Februari 2014 14:56

 

Program Hati Ke Hati dan Motivasi Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 6 telah diadakan pada 4 Februari 2014. Encik Hamad Wahid bin Mat Akiram yang merupakan kaunselor berdaftar dari SMK Dato' Haron telah dijemput untuk memberikan ceramah pada program tersebut. Pihak SK Sungai Serdang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada program kali ini dan tidak lupa kepada YDP PIBG, En Mohd Zaidie bin Sanusi dan NYDP PIBG, En Zainurin bin Toha serta AJK PIBG yang sama-sama hadir pada program ini.

 
SCHOOL ATTACK BSN
Ditulis oleh Cikgu Abas   
Isnin, 24 Februari 2014 14:47

 

Bank Simpanan Nasional telah mengadakan Program School Attack di SK Sungai Serdang pada 4 Februari 2014 yang lalu. Program ini diadakan bertujuan menggalakkan sikap suka menabung di kalangan murid-murid. Murid SK Sungai Serdang juga telah muncul antara penyimpan 100% di Bank Simpanan Nasional dan telah meraih beberapa anugerah di peringkat negeri.

 
KEJOHANAN MERENTAS DESA
Ditulis oleh Cikgu Abas   
Jumaat, 31 Januari 2014 04:08

 

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Sungai Serdang telah diadakan dengan jayanya pada 22 Januari 2014. Johan keseluruhan kejohanan kali ini telah dimenangi oleh Pasukan Rumah Hijau. Seramai 12 orang telah mewakili SK Sungai Serdang ke Kejohanan Merentas Desa MSSD yang telah diadakan di SMK Jalan Kebun pada 28 Januari 2014.

 
Program Peningkatan UPSR 2014
Ditulis oleh Cikgu Abas   
Jumaat, 31 Januari 2014 03:20

Kepada ibu bapa dan penjaga murid SK Sungai Serdang,

Tuan/Puan boleh muat turun Program Peningkatan UPSR 2014 dengan klik pautan di bawah:

Muat turun Program Peningkatan UPSR 2014

 
Makluman
Ditulis oleh Cikgu Abas   
Jumaat, 31 Januari 2014 03:16

Harap maaf. Laman web ini dalam proses pengemakinian.

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

PAUTAN LAMAN

Google